? ??????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to
your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new c BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

nfm RADIO

Monday, June 21, 2010


HEBAHAN
RADIO MALAYSIA NEGERIfm


Acara : KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2010 bertemakan Bersama Menerokai Kebesaran Ilahi

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Bermula dari :
2 Julai hingga 4 Julai 2010

Mulai : 9 pagi hingga 11 malam

Bertempat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Perasmian oleh :
Y.B Dato’ Shamsul Kahar Bin Mohd Deli EXCO Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi N.S

Aktiviti sepanjang acara :
Antara lain Pameran oleh Agensi Kerajaan, Pertandingan Pidato mengenai Astronomi, Kuiz Manhaj Fiqh al-Shafie, Pertandingan Teknologi Roket Sasaran dan Payung Terjun, Pertandingan Bercerita & Pertandingan Mewarna kanak-kanak.

Antara aktiviti menarik dalam pameran sempena Konvesyen Falak ini ialah :
  • Pameran Teleskop pelbagai bentuk dan saiz
  • Pameran Model Jam Matahari
  • Pameran Model Sistem Solar
  • Pameran Model Tongkat Istiwa
  • Pameran foto-foto menarik objek di langit seperti bulan, gugusan bintang dan pelbagai lagi.
  • Pameran Foto panorama fenomena alam yang berlaku seperti gerhana bulan, gerhana matahari yang berjaya dirakam oleh ahli falak di Malaysia.
  • Kemudahan semakan Tarikh lahir Miladi kepada Hijriah
  • Pemeriksaan kesihatan dan ,:
  • Pelbagai pendedahan mengenai pengetahuan ilmu falak dan astronomi oleh agensi-agensi yang terlibat dari seluruh Malaysia.

Nota

Ilmu Falak adalah ilmu yang membicarakan mengenai lintasan objek-objek di langit seperti matahari, bulan, bintang, buruj, planet, komet dan banyak lagi dan kesan-kesan yang mempengaruhi keadaan di bumi. Antara bidang ilmu dalam pecahan istilah Falak ialah Astronomi, Astrologi, Matematik, Falak Syarie dan banyak lagi yang boleh diselaraskan dengan beberapa bentuk ilmu yang mempunyai perkaitan antaranya Tamadun Islam, Ilmu Fiqah, Tauhid, Kedudukan Objek di Langit dan banyak lagi.

Konvensyen Falak peringkat Negeri Sembilan ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan ini merupakan penganjuran kali yang ke-4 yang matlamatnya antara lain untuk berkongsi maklumat dengan semua lapisan masyarakat.

Hasil penganjuran konvensyen ini dapat membantu Mufti dalam hal ehwal hukum syara` seperti penyusunan taqwim hijriah, penentuan arah kiblat, penentuan waktu solat dan zon waktu solat di Negeri Sembilan .
Di samping itu untuk Menghidupkan dan mengembangkan dalam masyarakat, tradisi pengajian ilmu falak berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah seterusnya berkongsi maklumat tentang keistimewaan objek-objek di langit dan kesan pergerakannya yang mempengaruhi aspek ibadah umat Islam seharian

-/amy21062010

0 comments: