Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
MERDEKA!!!.. MERDEKA!!!!...MERDEKA!!!!!!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan YAng ke-52 Kepada Semua RAkyat Malaysia DAn Pendengar Radio Malaysia Negeri fm..HAri Ini Ramai YAng Memberikan KAta-kata Motivasi tentang Kemerdekaan Terima kasih Kewpagi Ucapakan....
Posted by krewpaginfm at 6:15 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
MAJLIS BERBUKA PUASA
RAmai Jugek YAng DAtang PAda MAjlis BErbuka Puasa PAda 27hb.8..
Terima KAsih Yang MAnjayakan MAjlis YAng Penuh Keberkatan ini Krewpagi N Khalaf Sempat BErgambar Bersama Bonda & Ayah Shah Muhammad
Sebelom Berbuka Puasa Elokla..MAkan MAkanan YAng MAnis2 Dulu Yang Lebih Afdal
Posted by krewpaginfm at 9:15 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
'AIR SEMBAHYANG'
1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri . Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Posted by krewpaginfm at 8:37 PM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
SALAM RAMADHAN
Posted by krewpaginfm at 10:34 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
SHOWCASE OGHOK PIKUK NEGERIFM
Gry ski morning Memang Best Dengan Lagu Cinta GIlenya,,,
SAbrina Kekasih Lama PUn ada Tau..
Sabrina MemgN Spoting N selamba
Pada 8 dan 9 Ogos kelmarin telah berlangsung Battle Of Indie Band di Dataran Seremban.Shah jadi pengacara sampai hampir nak hilang suara dah. Kak amy plak buat audition bintang kecil kat kompleks.lela pergi kenduri sepupu bertunang kat kl.semua pun sibuk dengan hal masing-masing.Tapi yang kami nak cite ni pasal battle of indie band yang sememangnya meriah.Para peserta pun ramai.Hebat - hebat semuanya.Tak Percaya?tengoklah gambar-gambar yg ada tu.Yang menarik ialah persembahan dari kumpulan Grey Sky Morning.Best! Tapi si Shah tu suara dia lagi lebih dari penyanyi yang ada.
audition bintang kecil dapat sambutan hangat juga kat kompleks.Kak amy sampai hampir hilang dah suaranya yang merdu tu.Tapi semalam kucing kak amy si kakush tu mati........isk...isk...isk.....sedihnyer dia mati kena langgar dengan kereta semalam.Tak taulah manusia mana yang melanggarnya.Kejam sungguh! Sian kak amy tinggal kenangan je....dengan kakush....Ada jugak gmbr kakush kena langgar yang kak amy sempat ambik...tengoklah sedih kan......Takpelah kak amy bak kata pantun 2, 3 kucing berlari mana nak sama kakush sekor, 2,3 boleh ku cari mana nak sama kakush sekor......
Posted by krewpaginfm at 2:11 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
DOA PAGI
Doa pagi
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
Posted by krewpaginfm at 2:43 PM 0 comments
Monday, August 3, 2009
MAAF!!!
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan..
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
Posted by krewpaginfm at 12:34 AM 0 comments
Sunday, August 2, 2009
2 Ogos 2009 - LAWAN MAIN BOWLING DENGAN WARIS NEGERIFM
Terima KAsih Kepada Semua Ahli WAris Negeri FM...





MEMANG BEST ! MEMANG GEMPAK SATU SEREMBAN PARADE.......SATU MALAYSIA......
Tempat main bowling kat seremban parade penuh dengan waris dengan dj-dj main bowling riuh gamat.Bertambah gamat bila group Shah iaitu Bunga Raya 'kerek' giler macam bagus jer....taulah menang. Malangnya group lela kalah.........sodih den.....takpo yang ponting dapek bersukorio dengan waris semuo.......Waris semua sangat sporting baik yang kecik, besar, tua dan muda semua sanggup datang dari jauh utk main bowling dengan kitaorang . ada jugak dj lain yang terlibat sama macam Sabrina, Fazreen, Amy, Umi Nadia Adam Tahir, Rauf Deraman n Ain Razalee. Dalam sibuk-sibuk main tu yang paling seronok bila dapat jumpa waris - waris yang belum kenal lagi macam Man Sepang, Lan Savadikap, Azly PD, Zalie Rokan Utara n ramai lagilah. Ader jugak waris yang memang handal main bowling lagi handal drpd kitaorg. Semalam jugak Shah, Sabrina, Kak Amy n Lela sendiri kena baling bedak kat muka. Anuar pun kena jugak.hehehehe...TAHNIAH kepada semua waris dan dj yang monang semalam.Harap kita boleh buat lagi acara macam ni best kan?tak pun lain kali kita buat lawan sukan lain la plak...JGN LUPA TENGOK GAMBAR MASA LAWAN BOWLING TU.......
Posted by krewpaginfm at 7:43 PM 0 comments