Hari kedua Radio Malaysia NegeriFM mempertaruhkan kategori DJ Radio Wanita Terbaik sebelum memasuki Dewan berdobar-dobar hati den....kalau ada rezeki....
Nampaknya tewas di tangan DJ Lin dari SuriaFM...tapi takpe....top 5 pun ok....
Di dalam dewan bersama Pengarah kami Puan NorBahiyah.....
Bergambar dengan mami jarum....Kartina Aziz.....Ini je gambar yang ok.Sebenarnya malam tu letih bergambar dengan ramai artis termasuk Shah.Memang malam yang gemilang buat kami dan akan dikenang sampai bila-bila...
Wednesday, February 23, 2011
ANUGERAH SERI ANGKASA 2011 HARI KEDUA 19 FEBRUARI 2011
Posted by krewpaginfm at 1:15 AM 0 comments
ANUGERAH SERI ANGKASA 2011 HARI PERTAMA 18 FEBRUARI 2011
Tahniah untuk Bro Adam kerana memenangi kategori Promo Terbaik Radio...Good Job Bro!
Inilah dia pemenang kategori Rancangan Interaktif Radio Terbaik Dj Lin dari SuriaFM yang mana kami turut tercalon.
Posted by krewpaginfm at 12:57 AM 0 comments
HARI KELUARGA RADIO MALAYSIA NEGERIFM 12 FEBRUARI 2010 RIANG RIA HOORAY ! HOORAY...!
Macam-macam aktiviti yang kami lakukan antaranya pertandingan Teh Tarik...Shah menunjukkan 'skill' nya yang tak pernah buat teh tarik.....kira bidan terjun lah ni...boleh tahan..
Yang ini pulak....acara memijak belon....pertahankan belon anda yang diikatkan pada kaki daripada dipijak dan pecah....menang ke tidak Shah ni....
Acara Tarik Tali...mesti ada....
Sebelum memulakan perjalanan ambil gambaar dulu....inilah dia sebahagian daripada keluarga Radio Malaysia NegeriFM kerana ada yang tak dapat ikut sebab konti,majlis kendurilah,macam2 lagilah alasan yg munasabah termasuklah Lela
Inilah dia rupa bentuk T-Shirt khas untuk Hari Keluarga pada hati itu.Apa yang penting kata Shah seronok dan best sangat dapat berkumpul semua kakitangan dari semua bahagian.
Posted by krewpaginfm at 12:11 AM 0 comments
Monday, October 25, 2010
KREWPAGI DI KG.GAGU PROGRAM LOPAK KITO 23 OKTOBER 2010
Program Lopak Kito ialah satu program siri jelajah ke serata kampung di N.Sembilan.Kg.Gagu menjadi destinasi sulung.......Tujuannya yang utama adalah untuk merakyatkan RTM
Lela...Nen...dan Shah...goram nampak eh....tu
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Siow Chen Pin ADUN Chennah....ditemubual sebelum merasmikan program.....
Persembahan dari penduduk Kg. Gagu sendiri....oleh kaum ibu....
Kononnya....bersilatlah tu.....
Persembahan kebudayaan dari anak-anak muda Kg.Gagu...
Ada berdendang saja-saja.....
Ada Game Show bersama krewpagi................
Serampang Laut pun ada.....Shah tak jumpa jalan masa berserampang dengan Nen...hehehehe
Redah jer.......dah lamo tak berserampang................
Rozaimi.........antara artis yang dijemput membuat persembahan...............
Serampang Laut memulakan program pada hari itu.............bersama Nen dan Fazreen
Posted by krewpaginfm at 8:29 PM 0 comments
JALAN-JALAN BERAYA BERSAMA SHAH & LELA
Apa yang penting.....kerjasama! sama-sama basuh pinggan lepas makan eh....dengan Kak Ila Gemetir. Masa ni kat umah Kak Ros Kemayan.....
Lepas beraya kat umah Kak Ros...pergi plak beraya kat umah kawan Shah nama dia Along kebetulan ada buat rumah terbuka....
Mula-mula kami sampai dulu kat umah Kak Ros...pastu ramai plak yang datang.....semua waris Kak Zai Johan tgk tu penuh mulut.....Abang Bomba...Kak Zi Sendayan....ramai lagilah....meriah betul....makan nasi ayam......Kak Ros....
Ni gambar depan umah Kak Nani Pelangai.....sebelum balik bergambar dulu.....
Ini sesi menyakat Kak Nani yang melatah.....Opocot!
Rumah Fidah K.Pilah pun kami pergi jugak................banyaknya makanan.......
Kita Minum Dulu!....................
Memang paneh torik maso tu....konolah berpayung.....
Cuba teka kat umah saper yang kita boleh berkaraoke.......?
Jawapannya...kat umah Nen!....hehehhe ni masa kat umah Nen...makan mee goreng plak....
Habih dah...............konyang porut.....satu hari tu....timo kasih pado semuo....Alhamdulillah.....
Posted by krewpaginfm at 7:20 PM 0 comments
Sunday, October 10, 2010
SEGMEN INGAT SAMPAI BILA-BILA
1. METAMORFOSIS/ MINIATUR/ METONIMIA/ MUSYAWARAH/ MUSYTARI
Maksudnya :
METAMORFOSIS perubahan sepenuhnya bentuk fizikal yang berlaku dalam kitaran hidup sesuatu organism cth: perubahan kepompong menjadi kupu-kupu
MINIATUR sesuatu yang sangat kecil
METONIMIA cara menyebut sesuatu benda dengan menyebut benda lain yang berkaitan atau rapat hubungannya dengan yang dimaksudkan.
MUSYAWARAH perundingan yang diadakan dengan pihak-pihak lain untuk mencapai satu kata persetujuan.
MUSYTARI nama binatang yang siarah yang terbesar.
2. STERENG/ SOSIAWAN/ SWADESI/ STERLING/ STIMULUS/ SIMBOLISME
Maksudnya:
STERENG alat yang berbentuk seperti roda digunakan untuk mengemudikan kereta
SOSIAWAN orang yang bekerja untuk kepentingan masyarakat
SWADESI ger akan yang menganjurkan atau menggalakan orang ramai supaya menggunakan barang-barang buatan negara sendiri.
STERLING piawai mata wang inggeris
STIMULUS Dorongan atau Rangsangan
SIMBOLISME penggunaan symbol atau lambing untuk menunjukkan dan melahirkan hasrat atau sesuatu.
3. AKOMODASI/ ANTROPOLOGI/ AUTOBIOGRAFI/ ADVERTENSI/ ANGKLUNG
Maksudnya:
AKOMODASI tempat untuk makan dan tidur ketika dalam perjalanan
ANTROPOLOGI pengajian saintifik tentang asal-usul manusia
AUTOBIOGRAFI kisah riwayat hidup yang ditulis sendiri
ADVERTENSI iklan
ANGKLUNG alat bunyi-bunyian yang diperbuat daripada buluh
4. INFLUENZA/ INFRASTRUKTUR/ ISYTIHAR/ INDUSEMEN/ INTELIGENSIA
Maksudnya :
INFLUENZA virus yang menyebabkan demam selsema
INFRASTRUKTUR struktur asas sesuatu organisasi atau sistem
ISYTIHAR pengumuman, pemakluman atau pernyataan
INDUSEMEN pembelian barang dengan membayar terlebih dahulu.
INTELIGENSIA kaum intelek,cerdik pandai dan cendekiawan.
Posted by krewpaginfm at 9:13 PM 0 comments
Sunday, October 3, 2010
SEGMENT INGAT SAMPAI BILA-BILA
1. KIRYAH/KISAI/KISAS/KISIP/KISUT
Maksudnya :
KIRYAH daripada perkataan sastera arab lama bermaksud dosa
KISAI daripada bahasa sukuan Minangkabau bermaksud mengayak tepung atau menguraikan kekusutan benang.
KISAS daripada perkataan arab yang bermaksud pembalasan.
KISIP tidak berbiji atau sangat kecil bijinya
KISUT berkedut, tidak licin,lisut atau berkerut
2. KOLEKTIF/KOLEMBING/KOLENG/KOLERA/KOLESOM
Maksudnya :
KOLEKTIF daripada bahasa Inggeris bermaksud bersama-sama atau beramai-ramai sebagai suatu kumpulan melakukan sesuatu.
KOLEMBING sejenis kuih seperti roti.
KOLENG disebut sebagai berkoleng- koleng yang sama maksudnya dengan
beroleng-oleng yang bermakna berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan seperti keadaanya apabila menaiki sampan atau perahu yang dipikul ombak.
KOLERA daripada perkataan Inggeris yang bermaksud sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan penghidapnya akan mengalami muntah-muntah & cirit birit. Disebut juga sebagai taun.
KOLESOM sejenis akar yang dibuat ubat kuat atau dikenali juga sebagai ginseng.
3. LANDAK/LANDANG/LANDAP/LANDROS/LANDSKAP
Maksudnya :
LANDAK sejenis binatang yang kulitnya berduri.
LANDANG lalu
LANDAP sejenis tumbuhan herba yang disebut juga sebagai bakuh,bakung atau bunga tembaga suasa.
LANDROS daripada perkataan sastera lama Belanda yang bermaksud tuan tanah atau pegawai pentadbir bagi sebuah daerah.
LANDSKAP daripada bahasa Inggeris yang bermaksud keadaan tanah atau kawasan sekitar sesebuah rumah.
4. MALAU/MALEH/MALIKULJABBAR/MALIS/MALTOS
Maksudnya :
MALAU sejenis dammar atau pelekat yang digunakan utk mengetatkan keris pada hulunya atau benda-benda lain.
MALEH daripada perkataan Jawa bermaksud bertukar rupa, corak, dan lain- lain atau berubah.
MALIKULJABBAR Nama Allah yang bermaksud Raja yang maha berkuasa.
MALIS pucat untuk warna atau tidak begitu keras baunya bagi bahan wangian.sederhana.
MALTOS Istilah sains dalam bahasa Inggeris untuk sejenis gula yang terhasil dari enzim yang kurang berbanding gula daripada tebu.
5. NUANSA/NUBUAT/ NUKLEAR/NUNGGAL/NURAGA
Maksudnya:
NUANSA daripada perkataan Inggeris yang bermaksud ciri kelainan atau perbezaan yang halus pada makna.
NUBUAT daripada perkataan arab yang bermaksud wahyu yang diturunkan kpd para nabi
NUKLEAR daripada perkataan Inggeris bermaksud tenaga atom.
NUNGGAL daripada bahasa sukuan Kelantan bermaksud jualan satu dengan satu iaitu satu sen 1, 1 ringgit satu.
NURAGA daripada perkataan sastera lama yang bermaksud timbang rasa, belas kasihan atau simpati...
Posted by krewpaginfm at 7:14 PM 0 comments