? ??????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to
your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new c BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

nfm RADIO

Sunday, October 3, 2010

SEGMENT INGAT SAMPAI BILA-BILA

1. KIRYAH/KISAI/KISAS/KISIP/KISUT

Maksudnya :

KIRYAH daripada perkataan sastera arab lama bermaksud dosa
KISAI daripada bahasa sukuan Minangkabau bermaksud mengayak tepung atau menguraikan kekusutan benang.
KISAS daripada perkataan arab yang bermaksud pembalasan.
KISIP tidak berbiji atau sangat kecil bijinya
KISUT berkedut, tidak licin,lisut atau berkerut

2. KOLEKTIF/KOLEMBING/KOLENG/KOLERA/KOLESOM

Maksudnya :

KOLEKTIF daripada bahasa Inggeris bermaksud bersama-sama atau beramai-ramai sebagai suatu kumpulan melakukan sesuatu.
KOLEMBING sejenis kuih seperti roti.
KOLENG disebut sebagai berkoleng- koleng yang sama maksudnya dengan
beroleng-oleng yang bermakna berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan seperti keadaanya apabila menaiki sampan atau perahu yang dipikul ombak.
KOLERA daripada perkataan Inggeris yang bermaksud sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan penghidapnya akan mengalami muntah-muntah & cirit birit. Disebut juga sebagai taun.
KOLESOM sejenis akar yang dibuat ubat kuat atau dikenali juga sebagai ginseng.

3. LANDAK/LANDANG/LANDAP/LANDROS/LANDSKAP

Maksudnya :

LANDAK sejenis binatang yang kulitnya berduri.
LANDANG lalu
LANDAP sejenis tumbuhan herba yang disebut juga sebagai bakuh,bakung atau bunga tembaga suasa.
LANDROS daripada perkataan sastera lama Belanda yang bermaksud tuan tanah atau pegawai pentadbir bagi sebuah daerah.
LANDSKAP daripada bahasa Inggeris yang bermaksud keadaan tanah atau kawasan sekitar sesebuah rumah.

4. MALAU/MALEH/MALIKULJABBAR/MALIS/MALTOS

Maksudnya :

MALAU sejenis dammar atau pelekat yang digunakan utk mengetatkan keris pada hulunya atau benda-benda lain.
MALEH daripada perkataan Jawa bermaksud bertukar rupa, corak, dan lain- lain atau berubah.
MALIKULJABBAR Nama Allah yang bermaksud Raja yang maha berkuasa.
MALIS pucat untuk warna atau tidak begitu keras baunya bagi bahan wangian.sederhana.
MALTOS Istilah sains dalam bahasa Inggeris untuk sejenis gula yang terhasil dari enzim yang kurang berbanding gula daripada tebu.

5. NUANSA/NUBUAT/ NUKLEAR/NUNGGAL/NURAGA

Maksudnya:

NUANSA daripada perkataan Inggeris yang bermaksud ciri kelainan atau perbezaan yang halus pada makna.
NUBUAT daripada perkataan arab yang bermaksud wahyu yang diturunkan kpd para nabi
NUKLEAR daripada perkataan Inggeris bermaksud tenaga atom.
NUNGGAL daripada bahasa sukuan Kelantan bermaksud jualan satu dengan satu iaitu satu sen 1, 1 ringgit satu.
NURAGA daripada perkataan sastera lama yang bermaksud timbang rasa, belas kasihan atau simpati...

0 comments: