? ??????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to
your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new c BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

nfm RADIO

Sunday, June 27, 2010

KEMBARA KREWPAGINFM KE SABAH 27 APRIL 2010 - 31 MEI 2010

Inilah kebanggaan orang Sabah khusunya dan rakyat Malaysia amnya Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia.Di sinilah juga kami mengembara sebahagian dari Sabah.Ikuti cerita kami di bawah ni ek....
Inilah krew Radio Malaysia Negerifm yang turut sama ke Sabah....Dari Kiri...Azura (jurukamera)...Anne...(penyelia siaran)....lela...Pengarah Radio Malaysia NegeriFM Puan Norbaiyah...dan Aideel....shah tak kelihatan sebab ambil gambar ni...

Inilah dia En Hishammuddin Mustafa Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan bersama Shah...lawa spek...
Baru Sampai......
Tiba masa untuk check in .....
Jalan-jalan di Bandar Kota Kinabalu......macam-macam ada.....
Ikan masin pun ado....ikan masin apo nak .....semuo ado.......
Di Sabah kami ak lengkap rasanya kalau tak makan udang.......besar2 pulak tu.....segar dan manis.....
Sambil menjamu selera kami dihiburkan oleh penari kebudayaan Sabah.......
Tempat yang kami kunjungi Pulau Manukan dan pulau Sapi.....untuk seawalking dan snorkling
Fuhhhh....! Cayalah.....Ada style bergambar dulu sebelum turun ke dasar laut .Shah bersama Syaqeera dan Mashitah dari Tourism Malaysia Negeri Sembilan.....


SeaWalking berjalan di dasaar laut satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan kerana dapat memegang dan melihat suasana dan keindahan di dalam laut depan mata........
Di Jeti sebelum bertolak ke Pulau.....
WAh......happy betul masing2 tak sabar nak buat seawalking.......

Menyelusuri Sg. Kiulu memang mennyeronokkan kerana air nya yang sejuk rasa macam tak nak naik dan nak menimba air tu sampai pueh hati den.....
Boleh ke tu...?Boleh Bah kalau kau.....hehehehehhe......
Inilah rupa bentuk pelamin utk masyarakat Bidayuh........

Berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village dapat melihat cara hidup, budaya dan rupa bentuk rumah mengikut suku kaum masing2 seperti Bidayuh, Kadazan dan Murut.....Inilah 2 orang penari cilik yang turut membuat persembahan kebudyaan Sabah....
Inilah dia orang yang banyak membantu sepanjang pengembaraan kami ke Sabah.Nama dia Laz...Terima Kasih Laz.....
Sebelum kami ke Pesta Kaamatan kami terlebih dulu telah pergi melawat dan berkunjung ke Kilang Coklat yang terbesar di Sabah nampak tu gunung Kinabalu dibuat daripada coklat....hmmmsedapnya...nyam...nyam....rasa macam nak calit sikit masa ambik gambar ni....
Aideel ambil kesempatan bergambar dengan peserta Ngundok Ngadau (Pertandingan Ratu Cantik Seluruh Daerah Sabah)acara utama dalam Pesta Kaamatan 2010 di Sabah


Inilah destinasi kami yang terakhir dlm pengembaraan kami ke Sabah iaitu Pesta Kaamatan 2010 di Sabah......cuba tengok di belakang kami ada patung orang2 gergasi......yang digunakan di sawah padi untuk menghalau burung dari memakan padi di sawah.Sebenarnya banyak lagi gambar dan cerita yang ingin kami ceritakan....kerana di Sabah tercatit memori indah untuk krewpaginfm......rasa nak pergi lagilahhhhhh............

Wednesday, June 23, 2010

PERKATAAN DAN MAKSUD

1. KELIS : Disebut sebagai mengelis bermaksud mengalihkan diri dengan pantas untuk mengelakkan pukulan dan sebagainya. Disebut juga sebagai mengelit atau mengelik.

2. KELISAH : Sejenis tumbuhan yang buahnya boleh dimakan sebagai ulam. Disebut sebagai Kacang Kelisah dan turut dikenali sebagai kacang botor atau kacang belimbing.


3. KELITI : Penyangkut pengayuh atau dayung di sisi perahu. Disebut juga sebagai kediti.

4. KELOBAK : Dari bahasa sukuan minagkabau yang bermaksud terkoyak atau terkupas. Disebut juga sebagai kobak.

5. KELOBOT : Dari bahasa sukuan Jawa yang bermaksud kelonsong jagung atau helaian yang meliputi jagung. Biasanya digunakan untuk menggulung rokok.

6. KINCAK : Terkincak-kincak, terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan. Disebut juga sebagai kincat.

7. KINCAU : Disebut sebagai mengincau iaitu perbuatan mencampur dengan mengacau atau disebut juga sebagai mengaduk.

8. KINCUNG : Kecoh

9. KINJAT : Disebut sebagai terkinjat. Maksudnya tersentak, terlompat atau terperanjat.

10. KINYANG : Sejenis hablur yang dipakai sebagai batu permata dan sebagainya.

11. LAKA-LAKA : Sejenis tumbuhan yang disebut sebagai Laka-laka jantan atau nama lainnya pokok maras atau pokok pasak lingga jantan.

12. LAKAI : Dari bahasa sukuan suku kaum Brunai bermaksud sejenis suluh daripada dammar dan lain-lain. Disebut sebagai lakai-lakai atau sigi.

13. LAKAK : Dari bahasa sukuan Minangkabau yang bermaksud yang bermaksud sebagai memukul dengan benda keras. Disebut sebagai melakak. Contoh penggunaannya seperti dalam peribahasa ini : Melakak kucing di dapur yang membawa maksud menganiaya orang yang rapat dengan kita.

14. LAKAN : Dari istilah Belanda bermaksud sejenis kain halus daripada biri-biri. Disebut juga sebagai kain sakhlatatau laken.

15. LAKANG : Dari bahasa sukuan Minangkabau bermaksud lekang.

Monday, June 21, 2010


HEBAHAN
RADIO MALAYSIA NEGERIfm


Acara : KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2010 bertemakan Bersama Menerokai Kebesaran Ilahi

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Bermula dari :
2 Julai hingga 4 Julai 2010

Mulai : 9 pagi hingga 11 malam

Bertempat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Perasmian oleh :
Y.B Dato’ Shamsul Kahar Bin Mohd Deli EXCO Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi N.S

Aktiviti sepanjang acara :
Antara lain Pameran oleh Agensi Kerajaan, Pertandingan Pidato mengenai Astronomi, Kuiz Manhaj Fiqh al-Shafie, Pertandingan Teknologi Roket Sasaran dan Payung Terjun, Pertandingan Bercerita & Pertandingan Mewarna kanak-kanak.

Antara aktiviti menarik dalam pameran sempena Konvesyen Falak ini ialah :
  • Pameran Teleskop pelbagai bentuk dan saiz
  • Pameran Model Jam Matahari
  • Pameran Model Sistem Solar
  • Pameran Model Tongkat Istiwa
  • Pameran foto-foto menarik objek di langit seperti bulan, gugusan bintang dan pelbagai lagi.
  • Pameran Foto panorama fenomena alam yang berlaku seperti gerhana bulan, gerhana matahari yang berjaya dirakam oleh ahli falak di Malaysia.
  • Kemudahan semakan Tarikh lahir Miladi kepada Hijriah
  • Pemeriksaan kesihatan dan ,:
  • Pelbagai pendedahan mengenai pengetahuan ilmu falak dan astronomi oleh agensi-agensi yang terlibat dari seluruh Malaysia.

Nota

Ilmu Falak adalah ilmu yang membicarakan mengenai lintasan objek-objek di langit seperti matahari, bulan, bintang, buruj, planet, komet dan banyak lagi dan kesan-kesan yang mempengaruhi keadaan di bumi. Antara bidang ilmu dalam pecahan istilah Falak ialah Astronomi, Astrologi, Matematik, Falak Syarie dan banyak lagi yang boleh diselaraskan dengan beberapa bentuk ilmu yang mempunyai perkaitan antaranya Tamadun Islam, Ilmu Fiqah, Tauhid, Kedudukan Objek di Langit dan banyak lagi.

Konvensyen Falak peringkat Negeri Sembilan ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan ini merupakan penganjuran kali yang ke-4 yang matlamatnya antara lain untuk berkongsi maklumat dengan semua lapisan masyarakat.

Hasil penganjuran konvensyen ini dapat membantu Mufti dalam hal ehwal hukum syara` seperti penyusunan taqwim hijriah, penentuan arah kiblat, penentuan waktu solat dan zon waktu solat di Negeri Sembilan .
Di samping itu untuk Menghidupkan dan mengembangkan dalam masyarakat, tradisi pengajian ilmu falak berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah seterusnya berkongsi maklumat tentang keistimewaan objek-objek di langit dan kesan pergerakannya yang mempengaruhi aspek ibadah umat Islam seharian

-/amy21062010

Wednesday, June 16, 2010

PERKATAAN DAN MAKSUD

JUMANTAN : (disebut juga sebagai jumanten) dari perkataan sastera lama yang bermaksud batu zamrud. Sejenis batu hiasan yang bernilai.

JUMANTARA : Dari perkataan sastera lama yang membawa maksud langit, udara atau cakerawala.

JUMBAI : Berjumbai-jumbai atau berumbai-umbai, berjurai-jurai.

JUMBUL : Terjumbul-jumbul atau terapung-apung, terkatung-katung.

JUMJUMAH : Dari perkataan sastera lama arab yang bermaksud tengkorak.

LELONGAN : Barangan atau benda yang dilelong.

LELOCENG : Bentuk bunga yang menyerupai bentuk loceng seperti bungan cempaka.

LELUASA : Membawa 2 maksud :

1 - Tidak terbatas atau tiada yang menyekat sesuatu perbuatan

2 - Lapang yakni kawasan yang terbuka luas.

LELUCON : Dari perkataan Jawa yang membawa maksud kelakar, jenaka atau lawa.

LELUHUR : Nenek moyang.